Jumaat, 3 Disember 2021 | 12:27am
Muhammad Kamal Hamdi, 40, abang kepada pemandu lori yang maut dalam tanah runtuh. - Gambar pembaca BH ONLINE
Muhammad Kamal Hamdi, 40, abang kepada pemandu lori yang maut dalam tanah runtuh. - Gambar pembaca BH ONLINE
Mayat seorang pemandu MPV yang terlibat dalam tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands tiba di Jabatan Fronsik Hospital Besar Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat malam ini. - Foto BERNAMA

Adik saya selalu jawab telefon - Muhammad Kamal

IPOH: "Memang terdetik dalam hati, adik saya yang tertimbus kerana dia tak balas panggilan telefon," kata Muhammad Kamal Hamdi, 40, abang mangsa tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Muhammad Hafiz, 31.

Muhammad Kamal berkata, beliau selalu memberi maklumat berkaitan kemalangan atau tanah runtuh dalam kumpulan Whsap keluarga.

Katanya, Muhammad Hafiz tidak membalas hantaran maklumat semalam walaupun biasanya dia orang pertama suka memberi respons.

"Saya menelefon beberapa kali tapi dia tak jawab. Saya rasa tak sedap hati kerana sesuatu buruk mungkin berlaku," katanya di tempat kejadian.

Mayat Muhammad Hafiz yang juga pemandu lori dikeluarkan dari runtuhan jam 10.50 malam tadi dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk post-mortem.

Muhammad Kamal berkata, jenazah adiknya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit, Tanjung Piandang, esok.

Katanya, Muhammad Hafiz meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

Berita Harian X