X
Rabu, 24 November 2021 | 7:52pm
Limpahan air Sungai Batang Padang menyebabkan lima kampung di Teluk Intan dilanda banjir kilat hari ini - Foto NSTP/Ihsan APM
Limpahan air Sungai Batang Padang menyebabkan lima kampung di Teluk Intan dilanda banjir kilat hari ini - Foto NSTP/Ihsan APM

5 kampung di Teluk Intan dilanda banjir

TELUK INTAN: Limpahan air Sungai Batang Padang menyebabkan lima kampung di sini, dilanda banjir kilat, hari ini.

Susulan itu, pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap dibuka pada jam 3 petang menempatkan 63 mangsa daripada 20 keluarga yang terjejas.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, limpahan air sungai menyebabkan kawasan penempatan penduduk di kampung berkenaan dinaiki air setinggi 0.3 meter.

Menurutnya, kampung yang terjejas membabitkan Kampung Sungai Rambai, Kunci Air 12 Headwork, Kampung Tanjong Keramat, Sungai Kucing dan Sungai Seluang.

"Paras air di rumah penduduk belum surut dan keadaan cuaca di lokasi setakat jam 7 malam adalah baik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berita Harian X