Rabu, 24 November 2021 | 11:51am
Tiga kedai dan aksesori motosikal dua tingkat di Jalan Besar, Pusing Taman Ria terbakar, tengah malam tadi. - Foto NSTP/Ihsan Bomba
Tiga kedai dan aksesori motosikal dua tingkat di Jalan Besar, Pusing Taman Ria terbakar, tengah malam tadi. - Foto NSTP/Ihsan Bomba

4 jam kawal kebakaran 3 kedai

BATU GAJAH: Pasukan bomba mengambil masa lebih empat jam bagi mengawal dan memadam kebakaran tiga kedai dua tingkat di Jalan Besar, Pusing Taman Ria di sini tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 malam memaklumkan berhubung kejadian sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan tiga kedai dua tingkat. Kedai pertama musnah terbakar 80 peratus di tingkat atas dan bawah, kedai kedua 70 peratus tingkat atas dan bawah manakala kedai ketiga 40 peratus bahagian bawah sahaja.

"Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah dibantu jentera BBP Pasir Puteh dan Seri Iskandar yang tiba di lokasi bertindak melakukan operasi memadam kebakaran.

"Pasukan bomba yang tiba bertindak membuat pemadaman menggunakan tiga aliran dan lima pancutan 60 meter sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

"Keseluruhan operasi tamat pada jam 4.54 pagi," katanya.

Berita Harian X