Sabtu, 20 November 2021 | 10:34am
Tiga sekeluarga terselamat selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok ketapang ketika melalui Batu 1 Jalan Kapar menghala ke Kuala Selangor, awal pagi tadi. - Foto ihsan JBPM Selangor
Tiga sekeluarga terselamat selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok ketapang ketika melalui Batu 1 Jalan Kapar menghala ke Kuala Selangor, awal pagi tadi. - Foto ihsan JBPM Selangor

Kereta dihempap pokok, tiga sekeluarga terselamat

KLANG: Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok ketapang ketika melalui laluan Batu 1, Jalan Kapar menghala ke Kuala Selangor, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan diterima pada jam 6.16 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi pasukan mendapati terdapat sebatang pokok ketapang dianggarkan setinggi 9.1 meter menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki pasangan berkenaan bersama anak mereka.

"Pasangan berusia 20-an serta anak mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri daripada kereta sebelum bomba tiba.

"Pasukan kemudian memotong batang pokok serta mengalihkannya ke tempat selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita Harian X