Isnin, 6 September 2021 | 8:01pm

Perodua Myvi remuk teruk dirempuh lori

KUALA LUMPUR: Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul, di sini, sehingga menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk, petang tadi.

Nahas itu dipercayai berlaku pada jam 2.34 petang mengikut rakaman kamera perakam video (dashcam) yang tular di media sosial, termasuk Facebook.

Rakaman berdurasi 55 saat itu menunjukkan kemalangan membabitkan sebuah lori dari belakang merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul, petang tadi. - Foto ihsan pembaca
Sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul, petang tadi. - Foto ihsan pembaca

Difahamkan, tiada individu dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan itu.

Beberapa kereta lain juga dilihat mengalami kerosakan teruk akibat dirempuh lori tanpa muatan itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan berhubung kemalangan berkenaan.

Berita berkaitan:

  • Pemandu lori positif dadah rempuh 5 kenderaan
  • Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul, petang tadi.
    Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul, petang tadi.

    Lori dipandu Ardi merempuh Perodua Myvi dan kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Segambut Utara, Isnin lalu.

    Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul, petang tadi. - Foto ihsan pembaca
    Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul, petang tadi. - Foto ihsan pembaca
    Berita Harian X