Selasa, 31 Ogos 2021 | 8:10pm
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta apabila pemandunya dikatakan terbabas selepas merempuh sebuah lori dan penghadang jalan di KM 407 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Hulu Selangor, hari ini. NSTP/Ihsan Bomba

Lelaki rentung kereta terbakar

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar akibat terbabas selepas merempuh sebuah lori dan penghadang jalan di Kilometer 407 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Hulu Selangor, hari ini.

Setakat ini, identiti mangsa yang rentung tidak dapat dipastikan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 5.14 petang.

Susulan itu, katanya, sepasukan lapan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim serta BBP Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota mendapati sebuah kereta Ssangyong terbakar 100 peratus berpunca daripada kemalangan.

"Mangsa tersepit di dalam kenderaan dan kerja mengeluarkan lelaki itu dilakukan selepas api dipadamkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita Harian X