Selasa, 10 Ogos 2021 | 8:41pm
Tempat kejadian pergaduhan dua jiran yang membawa kematian seorang daripada mereka di Beruas, Manjung. - Foto PEMBACA BH ONLINE
Tempat kejadian pergaduhan dua jiran yang membawa kematian seorang daripada mereka di Beruas, Manjung. - Foto PEMBACA BH ONLINE

Lelaki maut ditetak jiran

MANJUNG: Pergaduhan di antara dua jiran berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut, dipercayai ditetak di kawasan rumah Jalan Sitiawan-Beruas, Beruas, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 40-an ditetak dengan parang di kepala dan kaki oleh jirannya, iaitu lelaki berusia 40-an.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata kejadian dipercayai bermula dengan pertengkaran di antara dua lelaki berkenaan yang berjiran kerana suspek didakwa menampar anak mangsa. "Berlaku pertelingkahan di antara mereka. Suspek kemudian menetak mangsa dengan parang di kepala dan kaki.

"Motif sebenar kejadian itu masih dalam siasatant. Parang yang digunakan dalam kejadian itu juga sudah ditemui," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Omar berkata, suspek ditahan di rumahnya semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan," katanya.

Berita Harian X