Khamis, 29 Julai 2021 | 6:40pm

Perancah runtuh, 1 maut, 2 cedera

KLANG: Seorang pekerja binaan maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, di sini, hari ini.

Identiti semua mangsa warga asing berusia dalam lingkungan 30 tahun itu bagaimanapun belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 2.14 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, lima pekerja sedang bekerja di atas struktur binaan terbabit.

"Akibat runtuhan itu, empat orang terjatuh dengan tiga mangsa tersepit manakala seorang lagi terselamat.

"Kita mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Andalas dan Pelabuhan Klang untuk melakukan kerja menyelamat mangsa.

"Dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan kecederaan pada muka, manakala seorang lagi mangsa yang tertimbus dikeluarkan kira-kira jam 4.30 petang dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Anggota bomba berusaha membawa keluar mangsa yang terperangkap dalam kejadian runtuhan perancah. - Foto BERNAMA
Anggota bomba berusaha membawa keluar mangsa yang terperangkap dalam kejadian runtuhan perancah. - Foto BERNAMA

Seorang pekerja binaan maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek LRT3 berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, Klang, hari ini. - Foto Bomba
Seorang pekerja binaan maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek LRT3 berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, Klang, hari ini. - Foto Bomba

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli (kanan) ketika berada di lokasi runtuhan perancah pembinaan laluan LRT3 di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi Klang hari ini. - Foto BERNAMA

Shamsul Amar berkata, setakat ini, polis masih menutup laluan utama di hadapan Hotel Premier untuk memberikan laluan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) untuk menjalankan siasatan.

"Sekiranya kita mengenal pasti ada salah laku atau kecuaian jenayah, polis akan ambil alih siasatan," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk tindakan lanjut.

"Bagi mangsa yang meninggal dunia, polis masih meneruskan siasatan dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Siasatan awal mendapati, ketika kejadian, lima pekerja sedang bekerja di atas struktur binaan terbabit. - Foto Bomba
Siasatan awal mendapati, ketika kejadian, lima pekerja sedang bekerja di atas struktur binaan terbabit. - Foto Bomba

Lokasi runtuhan perancah pembinaan laluan LRT3 di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi Klang hari ini. - Foto BERNAMA
Lokasi runtuhan perancah pembinaan laluan LRT3 di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi Klang hari ini. - Foto BERNAMA

Kenderaan yang membawa mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan perancah. - Foto BERNAMA
Kenderaan yang membawa mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan perancah. - Foto BERNAMA

Berita berkaitan:

  • Kontraktor diarah lakukan siasatan menyeluruh insiden projek LRT3
  • Kerja tapak projek LRT3 dihentikan, insiden disiasat
  • Perancah besi projek LRT3 di Klang runtuh
  • Kejadian runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, Klang, petang tadi, menyebabkan seorang pekerja binaan maut manakala dua lagi cedera. - NSTP/Faiz Anuar
    Kejadian runtuhan perancah besi struktur pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, Klang, petang tadi, menyebabkan seorang pekerja binaan maut manakala dua lagi cedera. - NSTP/Faiz Anuar
    Berita Harian X