Isnin, 12 Julai 2021 | 2:59pm
Buruh yang berusia 47 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Pasir Puteh, terhadap dua pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia lapan tahun. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
Buruh yang berusia 47 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Pasir Puteh, terhadap dua pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia lapan tahun. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Buruh dituduh perkosa anak kandung

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia lapan tahun, awal tahun ini.

Tertuduh yang berusia 47 tahun mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya apabila perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengan mangsa.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di dalam bilik tidur rumah di Pasir Puteh, dekat sini pada Januari dan Februari lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 5 September depan, untuk tarikh sebutan semula kes.

Berita Harian X