Ahad, 4 Julai 2021 | 4:28pm
Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Padang Kala, Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu, dekat Peringat, hari ini. Gambar kecil, anggota Polis, Sarjan Zulkifli Ab Rahman, 58, yang maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Padang Kala, Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu, dekat Peringat, hari ini. - Foto ihsan Pembaca

Dua lelaki maut, motosikal bertembung

KOTA BHARU: Dua lelaki termasuk seorang anggota polis maut dalam kemalangan di Jalan Padang Kala, Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu, dekat Peringat, di sini, hari ini.

Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Sarjan Zulkifli Ab Rahman, 58, dan Mohd Muslimin Mat Sin, 32, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata kemalangan itu berlaku apabila Mohd Muslimin yang menunggang motosikal Honda EX-5 dipercayai datang dari arah bertentangan, secara tiba-tiba membuat pusingan U.

Katanya, akibat jarak yang terlalu hampir, anggota polis yang menunggang motosikal Kawasaki Versys 650 dalam perjalanan dari arah Peringat menghala ke Melor, tidak sempat mengelak dan berlaku pertembungan.

"Mereka cedera parah di muka, kepala dan dada. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota polis berkenaan bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bertugas.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat.

"Kita minta saksi yang berada di tempat kejadian tampil memberi keterangan kepada polis untuk membantu siasatani.

"Kes disiasat mengikut Seksyen41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian X