Khamis, 6 Mei 2021 | 11:01pm
Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewanya di Lorong Permai Timur 9, Sibu. - Ihsan pembaca
Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewanya di Lorong Permai Timur 9, Sibu. - Ihsan pembaca

Anggota polis maut tertembak

KUCHING : Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewanya di Lorong Permai Timur 9, Sibu, petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa berusia 24 tahun dan berasal dari Pahang.

Beliau berkata, mangsa baru sebulan bertugas di Sibu selepas tamat latihan asas Konstabel.

"Ibu Pejabat Daerah Sibu sedang menyiasat kejadian petang tadi dengan terperinci," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 7 malam itu, dua anggota lain turut berada di rumah sewa berkenaan.

Berita Harian X