Selasa, 4 Mei 2021 | 4:32pm
KUALA LUMPUR 27 MAC 2021. Selebriti popular, Neelofa, 32, membina mahligai bersama lelaki dicintai dimakbulkan apabila sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 11.43 pagi tadi. Foto Wedlocx.co
KUALA LUMPUR 27 MAC 2021. Selebriti popular, Neelofa, 32, membina mahligai bersama lelaki dicintai dimakbulkan apabila sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka, di sini, jam 11.43 pagi tadi. Foto Wedlocx.co

Neelofa, suami jumpa polis hari ini

SEREMBAN: Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, dipanggil petang ini untuk memberikan keterangan berhubung kes mereka merentas negeri di Pusat Perniagaan Nilai 3, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Che Zakaria Othman, berkata beliau sudah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Abd Rahman bahawa pasangan berkenaan sudah membuat janji temu petang ini.

"Neelofa dan suaminya dipanggil oleh Ketua Polis Daerah Nilai petang ini untuk ditemuduga lebih lanjut (berhubung rentas negeri ke Nilai).

"Siasatan secara adil akan dijalankan dan kemudian akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Bubur Lambuk Persatuan Bekas Pegawai Kanan Polis (RESPA) kepada petugas barisan hadapan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, petang ini.

Che Zakaria berkata polis juga sudah mengambil keterangan daripada pekesai permaidani yang dikaitkan dalam kes itu.

Sementara itu, BERNAMA laporkan, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, dalam kenyataan berkata pihaknya telah mengambil keterangan pasangan selebriti berkenaan selama empat jam di IPD Nilai bermula jam 2.30 petang.

Beliau berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita Harian X