Ahad, 25 April 2021 | 7:16pm
 Kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal yang menyebabkan tiga maut dan seorang cedera parah di Kampung Padang Lanjut, Padang Terap. - Foto ihsan bomba
Kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal yang menyebabkan tiga maut dan seorang cedera parah di Kampung Padang Lanjut, Padang Terap. - Foto ihsan bomba

Tiga maut, seorang parah dalam kemalangan

PADANG TERAP: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak lelaki dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Kampung Padang Lanjut, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4.40 petang tadi, dua daripada mangsa terbabit tersepit dalam kereta Proton Wira manakala dua lagi mangsa iaitu pembonceng dan penunggang motosikal Yamaha Y15 yang mana seorang daripadanya meninggal dunia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.45 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang yang disertai tujuh anggota tiba di lokasi pada jam 4.53 petang.

Dalam nahas jam 4.40 petang, dua daripada mangsa terbabit tersepit dalam kereta Proton Wira manakala dua lagi mangsa iaitu pembonceng dan penunggang motosikal Yamaha Y15 yang mana seorang daripadanya meninggal dunia. - Foto ihsan bomba

"Mangsa membabitkan tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki namun umur mereka tidak dapat dipastikan.

"Bagaimanapun seorang daripadanya dipercayai cedera parah dan identitinya juga belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Mangsa membabitkan tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki namun umur mereka tidak dapat dipastikan. - Foto ihsan bomba
Mangsa membabitkan tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki namun umur mereka tidak dapat dipastikan. - Foto ihsan bomba

Berita Harian X