Khamis, 22 April 2021 | 1:01pm
Pemandu lawan arus meninggal duniaKereta jenis Toyota Corola Atlis dinaiki tiga beranak remuk teruk selepas bertembung dengan kereta jenis Honda City yang dipandu secara melawan arus dalam nahas di KM13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar (LLB) arah Bagan Ajam, Rabu minggu lalu. - NSTP/ Ihsan PDRM
Pemandu lawan arus meninggal duniaKereta jenis Toyota Corola Atlis dinaiki tiga beranak remuk teruk selepas bertembung dengan kereta jenis Honda City yang dipandu secara melawan arus dalam nahas di KM13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar (LLB) arah Bagan Ajam, Rabu minggu lalu. - NSTP/ Ihsan PDRM

Pemandu lawan arus meninggal dunia

BUTTERWORTH: Lelaki yang memandu secara melawan arus hingga bertembung dengan kenderaan dinaiki tiga beranak di Kilometer (KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam di sini minggu lalu, dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata lelaki berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah malam selepas seminggu menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ).

"Berdasarkan laporan bedah siasat, punca kematian disebabkan kecederaan parah dan kegagalan pelbagai organ berfungsi susulan impak kemalangan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.20 malam Rabu minggu lalu, lelaki itu yang memandu kereta jenis Honda City secara melawan arus merempuh sebuah kereta Toyota Corolla Altis dinaiki tiga beranak dan sebuah motosikal.

Nahas menyebabkan penumpang wanita berusia 31 tahun dalam Toyota Corolla Altis itu meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di HSJ.

Suami dan anak wanita itu dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Georgetown untuk rawatan lanjut.

Penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabit dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan.

Noorzainy berkata, pemandu kereta dilanggar berusia 35 tahun itu dilaporkan stabil manakala anak perempuannya berusia tiga tahun sudah dibenarkan keluar wad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X