Sabtu, 10 April 2021 | 8:42am
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang membantu mengangkat mayat wanita yang ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 18 di Kondominium Bukit Awana, Jalan Bukit Kukus, Ayer Itam di sini, hari ini.-Foto NSTP/Ihsan JBPM

Wanita maut terjatuh tingkat 18

GEORGETOWN: Wanita berusia 36 tahun ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat 18 di Kondominium Bukit Awana, Jalan Bukit Kukus, Ayer Itam di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.43 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Wanita terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat 18 bangunan itu sebelum terdampar di atas bumbung bilik panel suis milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Anggota bomba menggunakan tangga daripada jentera bagi menurunkan mangsa," katanya lagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tujuan bedah siasat dan operasi tamat pada jam 2.27 pagi.

Berita Harian X