Selasa, 2 March 2021 | 8:28am
Keadaan rumah di Kampung Setinggan Pandan Jaya, Ampang Jaya, malam tadi. - Foto ihsan PDRM
Keadaan rumah di Kampung Setinggan Pandan Jaya, Ampang Jaya, malam tadi. - Foto ihsan PDRM

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah setinggan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sembilan rumah di Kampung Setinggan Pandan Jaya, Ampang Jaya dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata mayat mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui sebaik kebakaran dapat dikawal.

Katanya, pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kebakaran itu pada jam 8.29 malam.

"Api kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah, BBP Ampang, BBP Pudu dan BBP Keramat.

Kebakaran sembilan rumah di Kampung Setinggan Pandan Jaya, Ampang Jaya, malam tadi. - Foto ihsan PDRM
Kebakaran sembilan rumah di Kampung Setinggan Pandan Jaya, Ampang Jaya, malam tadi. - Foto ihsan PDRM

"Hasil siasatan awal mendapati kira-kira sembilan rumah musnah dalam kebakaran itu dan pemeriksaan lanjut menemui mayat mangsa dalam keadaan rentung sepenuhnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Berita Harian X