Khamis, 21 Januari 2021 | 9:58am
KEMALANGAN membabitkan dua kenderaan di Jalan Tampin-Gemas malam tadi mengakibatkan sepasang suami isteri warga emas maut. Ihsan Bomba.
KEMALANGAN membabitkan dua kenderaan di Jalan Tampin-Gemas malam tadi mengakibatkan sepasang suami isteri warga emas maut. Ihsan Bomba.

Pasangan warga emas maut bersama

TAMPIN: Sepasang suami isteri warga usia emas, maut bersama selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam nahas dengan lori muatan kayu di Jalan Tampin-Gemas, dekat Kampung Gedok di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu, Mohamad Ismail, 70, dan isteri, Halijah Hamat, 62, dari Felda Palong 3 Gemas, meninggal dunia di lokasi.

Difahamkan, pasangan itu dalam perjalanan pulang ke Palong 3 dari rumah saudara mereka di Kampung Pondoi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan jam 8.46 malam.

"Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Iswara dan lori lima tan membawa muatan kayu.

"Ketika kami sampai, pasangan itu masih tersepit dalam remukan kereta mereka. Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat kedua-duanya," katanya.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat," katanya.

Berita Harian X