Ahad, 17 Januari 2021 | 4:30pm
Keadaan kenderaan mangsa akibat kemalangan di Batu 7, Jalan Apas, Tawau, petang semalam. NSTP/ Foto ihsan PDRM
Keadaan kenderaan mangsa akibat kemalangan di Batu 7, Jalan Apas, Tawau, petang semalam. NSTP/ Foto ihsan PDRM

Lelaki maut nahas kenderaan dipercayai terlanggar lopak air

TAWAU: Seorang lelaki yang parah apabila tercampak dari kenderaan pacuan empat roda dipandunya dalam nahas di Batu 7, Jalan Apas, dekat sini, petang semalam, disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih 16 jam.

Ahmad Tang Bakri, 27, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tawau kira-kira jam 10.30 pagi tadi ketika menerima rawatan berikutan kecederaan parah di kepala akibat kemalangan pada jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Dalam insiden itu, kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu mangsa yang bersendirian, dipercayai terlanggar lopak air lalu hilang kawalan sehingga terbalik dan terbabas ke pembahagi jalan sebelum terhumban ke parit.

Akibatnya, mangsa tercampak keluar dari kenderaan itu sebelum dibantu orang awam dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Berita Harian X