Sabtu, 12 Disember 2020 | 8:16am
Keadaan motosikal yang ditunggang oleh Noor Shamsull Kamall Salim selepas merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 57.2 Jalan Batu Pahat-Mersing semalam. - Ihsan polis
Keadaan motosikal yang ditunggang oleh Noor Shamsull Kamall Salim selepas merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 57.2 Jalan Batu Pahat-Mersing semalam. - Ihsan polis

Lelaki maut rempuh kereta

KLUANG: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh kereta di persimpangan dekat Kilometer 57.2 Jalan Batu Pahat-Mersing, jam 5.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng, berkata mangsa dikenali sebagai Noor Shamsull Kamall Salim, 30, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

"Siasatan mendapati, mangsa datang dari arah Mersing menuju Kluang sebelum bertembung kereta dipandu lelaki 73 tahun yang membelok ke kanan untuk masuk ke simpang.

"Mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk siasatan," katanya.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Berita Harian X