Ahad, 6 Disember 2020 | 3:58pm

Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq dibawa ke Pendang

NIBONG TEBAL: Jenazah bayi lelaki dan ibu mentua kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad selesai dimandikan dan dikafankan sebelum dikebumikan di Pendang, Kedah, hari ini.

Terdahulu, jenazah Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan neneknya, Zainab Wahab, 45 selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) pada jam 1.40 tengah hari.

Ahli keluarga dan saudara mara pemain bola sepak itu kelihatan memenuhi unit forensik selain jurulatih Skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut hadir memberikan sokongan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, Muhammad Syafiq, 25, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Bagaimanapun, kenderaannya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal yang meragut tiga nyawa termasuk pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Berita berkaitan:

  • Moga Syafiq tabah hadapi ujian
  • Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq akan dikebumikan satu liang lahat
  • Bendera kelab JDT di pasang separuh tiang
  • Tak sempat jumpa cucu lelaki sulung
  • Tunku Mahkota Johor ucap takziah kepada pemain JDT
  • FAM, JDT ucap takziah buat Syafiq
  • Penyerang JDT terbabit kemalangan, bayi maut
  • Muhammad Syafiq memeluk jenazah bayi lelakinya Muhammad Saqeef, berusia 22 hari di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap ini. Syafiq kehilangan bayi lelakinya berusia 22 hari dan ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45; dan pembantu rumah, Titik Sukamti, 30-an; meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, hari ini. - NSTP/Danial Saad
    Muhammad Syafiq memeluk jenazah bayi lelakinya Muhammad Saqeef, berusia 22 hari di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap ini. Syafiq kehilangan bayi lelakinya berusia 22 hari dan ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45; dan pembantu rumah, Titik Sukamti, 30-an; meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, hari ini. - NSTP/Danial Saad
    Berita Harian X