Rabu, 21 Oktober 2020 | 11:13am
Anggota bomba membawa naik mayat M Lurouthusamy Jayasingam, 51 yang ditemui lemas jam 10.15 pagi tadi ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar di tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, di sini. - Foto JBPM

Tragedi bunga teratai

SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki ditemui lemas dipercayai ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar dalam kawasan tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat M Lurouthusamy Jayasingam, 51, ditemui kira-kira jam 10.15 pagi tadi selepas dikatakan terjatuh tasik berkenaan.

Katanya, panggilan diterima jam 8.27 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dikejarkan ke lokasi.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, bomba dimaklumkan bahawa mangsa terjatuh ke tasik lombong terbabit oleh seorang saksi yang juga rakan mangsa.

"Mayat mangsa ditemui pada kedalaman satu meter dengan jarak kira-kira 15 meter dari tebing tasik, dengan ia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah carian di permukaan (surface searching) dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota bomba membawa naik mayat M Lurouthusamy Jayasingam, 51 yang ditemui lemas jam 10.15 pagi tadi ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar di tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, di sini. - Foto JBPM
Anggota bomba membawa naik mayat M Lurouthusamy Jayasingam, 51 yang ditemui lemas jam 10.15 pagi tadi ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar di tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, di sini. - Foto JBPM

Berita Harian X