Khamis, 24 September 2020 | 10:05am
(Gambar fail) Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi. - NSTP/ASYRAF HAMZAH
(Gambar fail) Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

Polis rekod keterangan Mohamaddin dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR: Polis akan merekod keterangan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berhubung dakwaannya bahawa pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu sebagai sandiwara, dalam masa terdekat.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata percakapan Mohamaddin akan dirakamkan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang berada di Sabah kerana penugasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Pasukan USJT Bukit Aman memang ada di Sabah kerana penugasan PRN.

"Pihak terbabit akan mengambil kenyataan pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu di negeri berkenaan dalam masa terdekat dan apabila keadaan mengizinkan.

"Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya kepada BH, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan polis menerima 35 laporan berhubung dakwaan Mohamaddin yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama pada PRN Sabah kali ini.

Mior Faridalathrash dipetik sebagai berkata, polis menerima laporan berkenaan dari seluruh negara sejak Isnin lalu.



Berita Harian X