Rabu, 23 September 2020 | 1:34pm
Pemandu dan kelindan tersepit dalam kemalangan dekat Pedas/Linggi menghala ke Alor Gajah, pagi tadi. - NSTP/Ihsan pembaca
Pemandu dan kelindan tersepit dalam kemalangan dekat Pedas/Linggi menghala ke Alor Gajah, pagi tadi. - NSTP/Ihsan pembaca

Pemandu, kelindan maut

ALOR GAJAH: Pemandu lori dan kelindannya maut dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 221.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, di Pedas/Linggi menghala selatan pagi ini.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, pemandu lori, Lai Wan Peng, 52, dan kelindannya, Muhammad Dehya' Al Qalbi Sharuddin, 27, terbunuh selepas lori mereka merempuh belakang treler muatan papan yang sebelum itu, merempuh belakang treler lain.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata pemandu treler muatan papan, Mohd Zulkefli Mohd Nordin, 33, cedera di kepala, manakala kelindannya, Rossanizam Md Saudi, 43, patah kaki.

"Siasatan awal mendapati treler berhenti di antara lorong kiri dengan lorong kecemasan kerana rosak.

"Treler muatan papan gagal mengelak dan terlanggar belakang treler berkenaan, menyebabkan pemandunya cedera di kepala, manakala kelindannya patah kaki.

"Lori Wan Peng gagal berhenti lalu terlanggar belakang treler," katanya.

Arshad berkata, Wan Peng yang beralamat di Bukit Mertajam dan arwah Muhammad Dehya' dari Bachok.

Beliau berkata, cuaca baik ketika kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X