Ahad, 13 September 2020 | 10:25am
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan tiga unit rumah sewa di Jalan Lunas, Padang Serai. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan tiga unit rumah sewa di Jalan Lunas, Padang Serai. - Foto ihsan bomba

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Padang Serai

KULIM: Tiga unit rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Lunas, Padang Serai, di sini pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada jam 7.50 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hitech tiba di lokasi jam 8.03 pagi.

"Operasi disertai seramai 10 anggota dan dua jentera. Kebakaran membabitkan tiga daripada lima unit rumah jenis teres, kelas B yang dibuat sewaan di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebakaran dapat dipadamkan pada jam 8.12 pagi. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan tiga unit rumah sewa di Jalan Lunas, Padang Serai. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan tiga unit rumah sewa di Jalan Lunas, Padang Serai. - Foto ihsan bomba

Berita Harian X