Selasa, 11 Ogos 2020 | 11:06pm
Sebahagian daripada pelacur warga asing yang ditahan dalam Ops Noda. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin
Sebahagian daripada pelacur warga asing yang ditahan dalam Ops Noda. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin
Semua wanita ini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan atas kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran; Seksyen 372 B kanun yang sama kerana menawarkan khidmat pelacuran serta kesalahan mengikut Akta Imigresen. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin

Bukit Aman gempur 3 premis, tahan 17 pelacur asing

KUALA LUMPUR: Seramai 17 wanita warga China, Vietnam dan Indonesia dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Jalan Klang Lama, Brickfieds, di sini, petang tadi.

Polis turut menahan empat penjaga premis dan lima pelanggan termasuk seorang pelanggan warga asing.

Serbuan dijalankan oleh Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, sekitar jam 5.50 petang tadi hasil maklumat dan risikan.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kesemua premis ini dipercayai memulakan operasi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.

Mohd Zani melihat tempat tinggal pelacur warga asing dalam serbuan Ops Noda di dua buah hotel di sekitar Jalan Klang Lama, Brickfieds. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin
Mohd Zani melihat tempat tinggal pelacur warga asing dalam serbuan Ops Noda di dua buah hotel di sekitar Jalan Klang Lama, Brickfieds. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin

"Aktiviti pelacuran dan persundalan membabitkan wanita asing ini wujud dalam sesebuah premis secara tersembunyi tanpa ada sebarang papan tanda serta menyasarkan pelanggan tetap dan kenalan yang dibawa mereka.

"Untuk memasuki premis ini serta mendapatkan khidmat urutan dan seks, pelanggan akan dipantau oleh penjaga premis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dibenarkan memasuki premis," katanya yang ditemui selepas serbuan dijalankan di sini.

Mohd Zani berkata pelanggan akan dikenakan bayaran RM180 untuk sekali perkhidmatan dalam premis yang tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan yang sah.

"Semua pelacur warga asing ini didapati tinggal dalam premis yang turut menyediakan bilik tidur, dapur memasak dan ruangan mencuci pakaian bagi mengelak mereka dikesan berkeliaran di luar.

Semua pelacur warga asing ini didapati tinggal dalam premis yang turut menyediakan bilik tidur. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin
Semua pelacur warga asing ini didapati tinggal dalam premis yang turut menyediakan bilik tidur. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin

Tempat tinggal pelacur warga asing. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin
Tempat tinggal pelacur warga asing. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin

"Semua wanita terbabit ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan atas kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran; Seksyen 372 B kanun yang sama kerana menawarkan khidmat pelacuran serta kesalahan mengikut Akta Imigresen," katanya.

Selain itu semua penjaga premis dan pelanggan warga tempatan turut dikenakan tindakan saman kompaun kerana melanggar syarat PKPP.

Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut.

Sebahagian daripada pelacur warga asing yang ditahan dalam Ops Noda. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin
Sebahagian daripada pelacur warga asing yang ditahan dalam Ops Noda. - NSTP/Nurul Hidayah Bahaudin

Berita Harian X