Ahad, 19 Julai 2020 | 9:08pm
Pemandu warga India menjalani ujian pernafasan di Balai Trafik Langkawi selepas memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar lima kenderaan di kawasan parkir di Jalan Pantai Chenang, Langkawi. - NSTP/Hamzah Osman

Pemandu OKU warga India mabuk langgar empat kereta

LANGKAWI: Seorang pemandu lelaki orang kurang upaya (OKU) warga India dipercayai di bawah pengaruh alkohol merempuh empat kenderaan lain di kawasan parkir sebuah hotel di Jalan Pantai Chenang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.20 pagi, pemandu berusia 35 tahun itu dikatakan memasuki kawasan parkir hotel terbabit untuk ke kedai runcit berdekatan sebelum melanggar beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, terdahulu pemandu itu cuba membuat pusingan U di kawasan parkir itu sebelum kenderaannya hilang kawalan.

Sebahagian kenderaan yang rosak dilanggar lelaki OKU warga India dipercayai mabuk di kawasan parkir sebuah hotel di Jalan Pantai Chenang, Langkawi. - NSTP/Ihsan Polis
Sebahagian kenderaan yang rosak dilanggar lelaki OKU warga India dipercayai mabuk di kawasan parkir sebuah hotel di Jalan Pantai Chenang, Langkawi. - NSTP/Ihsan Polis

"Akibatnya kenderaan dipandu suspek melanggar sebuah kenderaan lain di kiri jalan menyebabkan kenderaan itu ditolak sebelum merempuh sebuah kenderaan di sebelahnya.

"Kenderaan dipandu suspek kemudian terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh dua lagi kenderaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Iqbal berkata, semua kenderaan yang dilanggar berada dalam keadaan parkir dan tiada kecederaan akibat kemalangan itu.

"Siasatan mendapati suspek cacat tiada kaki kiri dan tiada lesen memandu serta mengaku memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Suspek yang tidak bekerja kemudian ditahan dan disiasat bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian X