Khamis, 28 Mei 2020 | 2:16pm
Anggota Bomba dan Penyelamat menjumpai mayat terakhir, Khalif Naim, 16, di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong kira kira jam 12.40 tengah hari. - Foto NSTP/GHAZALI KORI
Anggota Bomba dan Penyelamat menjumpai mayat terakhir, Khalif Naim, 16, di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong kira kira jam 12.40 tengah hari. - Foto NSTP/GHAZALI KORI

Mayat terakhir tiga beradik lemas ditemui

HULU TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat menjumpai semua mangsa lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, di sini, selepas jenazah ketiga dijumpai kira-kira 12.40 tengah hari tadi.

Jasad ketiga-tiga mangsa, Umar Iskandar Mohd, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, tahun ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Md Hilman Abdul Rashid, berkata pihaknya memulakan operasi sebaik menerima laporan kejadian jam 6.30 petang, semalam.

"Operasi yang disertai seramai 85 anggota membabitkan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Unit Pengesan Anjing (K9) dan Rela mengambil masa selama 18 jam sebelum semua mangsa ditemui.

"Semua mangsa ditemui pada jarak kira-kira 50 meter antara satu sama lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, penemuan mangsa hasil bantuan unit pengesan anjing (K9) sebelum Pasukan Penyelamat Di Air melakukan selaman.

Md Hilman berkata, sejak Januari hingga kini, sebanyak 13 kes lemas direkodkan di negeri ini, termasuk kes membabitkan tiga beradik semalam.

Berita Harian X