Rabu, 6 Mei 2020 | 12:34pm
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menyaksikan serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Johor antara Datuk Shafie Ismail (kiri) dan Datuk Khaw Kok Chin. - Foto PDRM
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menyaksikan serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Johor antara Datuk Shafie Ismail (kiri) dan Datuk Khaw Kok Chin. - Foto PDRM

PKPB: Johor laksana 39 SJR, tumpu jalan keluar masuk negeri

JOHOR BAHRU: Hanya 39 sekatan jalan raya (SJR) dengan kekuatan 4,200 pegawai dan anggota dikekalkan di Johor sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ia berkurangan berbanding 66 SJR yang dilaksanakan sejak PKP fasa pertama dengan kekuatan 4,600 anggota.

"Ini bermakna kita kurangkan 27 SJR susulan kelonggaran yang diberi dalam PKPB.

"Kita menyusun atur 39 SJR ini dan mana yang kita tarik akan ditempatkan di sekatan jalan keluar dan masuk negeri, termasuk jalan utama.

"Ini termasuk daerah yang mempunyai pesisir pantai bagi membendung penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang PKPB ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas antara Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Shafie Ismail kepada Datuk Khaw Kok Chin di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, di sini, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X