Rabu, 6 Mei 2020 | 11:51am
Set penyaman udara yang dicuri suspek dari sebuah masjid di Sedili. - Foto PDRM

Curi alat penyaman udara masjid

KOTA TINGGI: Tiga penganggur ditahan selepas disyaki mencuri set penyaman udara di sebuah masjid di Sedili, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah, berkata suspek berusia antara 21 hingga 33 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Teluk Jeri Dalam, Tanjung Sedili , di sini.

Katanya serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Sedili kira-kira jam 4.50 pagi semalam.

"Polis turut merampas sebuah kereta, sebuah motosikal, empat unit pemampat penyaman udara dan dua unit peniup udara.

"Semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Suspek dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut dan ditahan reman empat hari hingga 9 Mei," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan denda.

Berita Harian X