Ahad, 26 April 2020 | 2:27pm
Keadaan kereta sebuah keluarga yang kemalangan dalam kejadian di simpang Kampung Sungai, Bachok.- Foto ihsan pembaca.
Keadaan kereta sebuah keluarga yang kemalangan dalam kejadian di simpang Kampung Sungai, Bachok.- Foto ihsan pembaca.

Isteri terbunuh dalam kemalangan

BACHOK: Ramadan hari kedua meninggalkan pilu buat seorang suami apabila kehilangan isteri dalam kemalangan di simpang Kampung Sungai, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Mohd Azraf Mat Zin, 33, memandu kereta yang turut dinaiki isterinya, Nur Amira Syuhada Shahrom, 28, dua anak, Nur Khaira Madina, tiga, dan

Mohd Aqif Zamani, 11.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, berkata mereka dipercayai dalam perjalanan dengan PERODUA Viva dari arah Jalan Kampung Pengkalan Baru ke Jalan Kampung Sungai.

Mangsa maut, (hujung,kiri) bersama ahli keluarga termasuk suami dan anak mereka yang terbabit dalam kemalangan di simpang Kampung Sungai, Bachok. - Foto ihsan pembaca
Mangsa maut, (hujung,kiri) bersama ahli keluarga termasuk suami dan anak mereka yang terbabit dalam kemalangan di simpang Kampung Sungai, Bachok. - Foto ihsan pembaca

Bagaimanapun, kereta terbabit hilang kawalan akibat jalan licin selepas hujan di tempat kejadian dan meremp[uh papan tanda dan pokok.

Mangsa wanita terbabit meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bachok.

Mangsa lelaki itu pula dan dua anaknya kini dirawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Berita Harian X