Isnin, 23 March 2020 | 12:29pm
OPERASI mencari dua pemburu emas yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah di kaki Gunung Jerai. - Foto Nor Farhani Che Ad
OPERASI mencari dua pemburu emas yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah di kaki Gunung Jerai. - Foto Nor Farhani Che Ad

Mayat pemburu emas berjaya dikeluarkan

GURUN: Pasukan penyelamat berjaya mengesan kedudukan dua mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh kaki Gunung Jerai petang semalam, pada jam 10.45 pagi tadi.

Mayat salah seorang mangsa dikeluarkan pada jam 11.20 pagi tadi, manakala mayat seorang lagi sedang dalam proses dikeluarkan.

Semalam, dua mangsa berkenaan tertimbus akibat tanah runtuh di kaki Gunung Jerai petang tadi, dipercayai sedang mencari emas di kawasan itu.

Mangsa dianggarkan tertimbus pada kedalaman antara 1.5 hingga tiga meter.

Berita Harian X