Ahad, 22 March 2020 | 8:21pm
ANGGOTA bomba sedang melakukan operasi mencari dua pekerja tapak projek perumahan yang tertimbus di kaki Gunung Jerai petang tadi. Foto Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba sedang melakukan operasi mencari dua pekerja tapak projek perumahan yang tertimbus di kaki Gunung Jerai petang tadi. Foto Ihsan Bomba

Dua lelaki tertimbus tanah 12 meter

GURUN: Dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh di kaki Gunung Jerai di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6 petang tadi, kawasan lereng bukit dikatakan runtuh ketika dua pekerja melakukan penggalian di kawasan tapak projek perumahan berdekatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata kedua-dua mangsa dipercayai tertimbus pada kedalaman lebih 12 meter.

Difahamkan, operasi mencari mangsa sedang giat dilakukan pihak bomba.

Berita Harian X