Sabtu, 7 March 2020 | 10:01am

Aksi 'wheelie' bawa padah

ALOR SETAR: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis kerana melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal dengan mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ di dua lokasi berasingan di Alor Setar, semalam.

Mereka ditahan menerusi Op Samseng di Jalan Muzium Padi, Gunung Keriang dan Jalan Muzium Padi, Gunung Keriang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata seorang daripada remaja itu berasal dari Changlun dan masih bersekolah.

Seorang lagi pula sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai pesawah.

“Kedua-dua remaja itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Setar untuk menjalani ujian saringan awal air kencing, namun kedua-duanya didapati negatif.

“Bagaimanapun mereka ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita Harian X