Khamis, 20 Februari 2020 | 12:24pm
Keadaan ruang tamu kediaman, Fatimah Mohamed yang terbakar. (gambar kiri). Bayi, Siti Nur Aini Zulimi yang maut dalam kebakaran kediaman keluarganya di Kampung Bangkahulu, Gemas.
Keadaan ruang tamu kediaman, Fatimah Mohamed yang terbakar. (gambar kiri). Bayi, Siti Nur Aini Zulimi yang maut dalam kebakaran kediaman keluarganya di Kampung Bangkahulu, Gemas.

Buaian elektrik antara siasatan punca kebakaran

TAMPIN: Pendawaian rumah dan buaian elektrik kini menjadi tumpuan penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam siasatan mereka terhadap kebakaran yang mengorbankan seorang bayi di Kampung Bangkaulu di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan rapi terhadap punca kebakaran itu.

”Semua bahan kes sudah diambil dan dihantar ke makmal forensik untuk diuji dan kami masih menunggu keputusan.

”Kita akan ketahui punca kebakaran sebaik semua siasatan terperinci selesai dijalankan termasuk hasil bedah siasat mayat bayi berkenaan,“ katanya ketika dihubungi NSTP.

Dalam kebakaran kira-kira jam 11.35 pagi semalam, seorang bayi perempuan, Siti Nur Aini Zulimi, 10 bulan, melecur 30 peratus dan mati di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, bayi malang berkenaan ditinggalkan sendirian dalam buai elektrik oleh ibunya, ketika keluar seketika ke Pejabat Pos Gemas, selepas meminta bantuan jiran untuk melihat anaknya jika menangis.

Bagaimanapun, wanita terbabit dikejutkan oleh panggilan telefon daripada jiran yang memberitahu rumahnya terbakar.

Ketika kembali ke rumahnya, keadaan api yang marak menyebabkan wanit itu atau penduduk masuk menyelamatkan bayi berkenaan.

Ibu, bayi maut, Siti Nur Aini Zulimi, Fatimah Mohamed keluar dari kediaman yang terbakar serta berkemas kejadian di Kampung Bangkahulu, Gemas.
Ibu, bayi maut, Siti Nur Aini Zulimi, Fatimah Mohamed keluar dari kediaman yang terbakar serta berkemas kejadian di Kampung Bangkahulu, Gemas.

Berita Harian X