Khamis, 13 Februari 2020 | 5:04pm
Penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, terhadap empat pertuduhan meliwat seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu pada Januari lalu dan awal bulan ini. - NSTP/Zaid Salim
Penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, terhadap empat pertuduhan meliwat seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu pada Januari lalu dan awal bulan ini. - NSTP/Zaid Salim

Mengaku tidak bersalah liwat pelajar

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, terhadap empat pertuduhan meliwat seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu pada Januari lalu dan awal bulan ini.

Tertuduh berusia 22 tahun membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Nooriah Othman.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii pada 23 Januari 2020, jam 5.15 hingga 5.20 petang, di sebuah rumah di Taman Tapai Indah, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Tertuduh kemudiannya mengulangi kesalahan yang sama pada 1 Februari 2020, jam 3.00 dan 3.05 petang.

Untuk dua pertuduhan pertama, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 377B sementara 377C Kanun Keseksaan untuk pertuduhan ketiga dan keempat. Seksyen 377B, sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 dan sebatan, manakala Seksyen 377C, penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun penjara serta sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Wan Amira Ruziani Wan Abdul Razak.

Nooriah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dan memerintahkan tertuduh lapor diri di Balai Polis Hulu Terengganu iaitu pada 1 dan 5 haribulan, setiap bulan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan mengganggu saksi pendakwaan.

Berita Harian X