Sabtu, 11 Januari 2020 | 10:56am
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba

Maut langgar belakang lori

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandu terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban di sini, awal pagi tadi.

Leong Mun Loong, 51, maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan Mohd Syazwan Saidy, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.04 pagi.

Katanya, sebuah jentera bersama 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bersama-sama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai.

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan di Kilometer 272.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Seremban, awal pagi tadi. - Foto ihsan bomba

“Sebaik saja tiba kami mendapati mangsa tersepit dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkannya menggunakan peralatan khas,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Syazwan berkata, pemandu lori tiga tan berusia 42 tahun pula mengalami sakit dada serta sesak nafas dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan pemandu lori membawa muatan botol plastik dari Melaka ke Ipoh, Perak itu baru memulakan perjalanan selepas selesai berehat di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban sebelum kenderaannya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta.

Berita Harian X