Isnin, 6 Januari 2020 | 12:24am
KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di KM 246.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan, Kuala Kangsar, malam ini. - Foto Effendy Rashid

Tiga maut dalam kemalangan di Kuala Kangsar

IPOH: Tiga maut, manakala sembilan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, empat kereta dan dua motosikal di KM 246.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di Kuala Kangsar dekat sini, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 10.13 malam.

“Kami segera mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar sebaik saja menerima panggilan bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan operasi menyelamat masih giat dijalankan, termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. - BERNAMA

Berita Harian X