Selasa, 31 Disember 2019 | 9:51am
BAS ekspres terbabit kemalangan dengan lori melibatkan tujuh warga Indonesia cedera di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan. - Foto ihsan bomba

7 cedera kemalangan bas, lori

KUALA KANGSAR: Tujuh warga Indonesia cedera selepas bas ekspres dinaiki kemalangan dengan lori di Kilometer 230, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar diarahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas dengan lori dan terdapat tujuh mangsa cedera.

“Bas ekspres berkenaan membawa 30 penumpang dan tujuh daripadanya cedera, tiada penumpang tersepit.

BAS ekspres terbabit kemalangan dengan lori melibatkan tujuh warga Indonesia cedera di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan. - Foto ihsan bomba
BAS ekspres terbabit kemalangan dengan lori melibatkan tujuh warga Indonesia cedera di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan. - Foto ihsan bomba

“Semua mangsa yang cedera kemudiannya diberikan rawatan awal dan dibawa ke hospital oleh ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, operasi ditamatkan jam 2.55 pagi selepas pihaknya memastikan semua mangsa sudah keluar dari bas berkenaan.

Berita Harian X