Khamis, 12 Disember 2019 | 4:19pm

Proses minyak terpakai belakang bengkel lori

SEREMBAN: Berselindung di sebalik perniagaan bengkel lori, sebuah premis di Batu 5 1/4, Jalan Kuala Sawah, Mambau, di sini, dikesan menjalankan kegiatan mengitar semula minyak terpakai secara haram.

Apa yang lebih mengejutkan apabila serbuan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan di lokasi jam 11 pagi tadi mendapati pemilik premis membuang sisa minyak ke hutan paya berdekatan.

Keadaan itu menyebabkan paya berkenaan menjadi kehitaman selain mendapannya menjadi lapisan minyak yang mengeras dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata premis itu tidak mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JAS untuk menjalankan kegiatan memproses minyak.

"Kami juga mendapati kilang ini tidak mempunyai sebarang sistem pelupusan sisa terbuang yang mana minyak terpakai dikategorikan sebagai sisa terjadual yang sepatutnya dilupuskan di tempat khas seperti Pusat Kualiti Alam.

"Bagaimanapun, dalam pemeriksaan ini kami menemui kira-kira 300 tan metrik minyak terpakai yang disimpan di premis ini. Pemeriksaan lanjut menemui tempat pembuangan minyak di hutan paya di bahagian belakang kilang," katanya ketika ditemui di lokasi di sini, hari ini.

Veerapan berkata, premis berkenaan berada di kedudukan strategik dan terselindung di sebalik perniagaan bengkel kenderaan berat di bahagian hadapan premis, namun sebaik masuk ke bahagian belakang, ia didapati menjalankan aktiviti haram.

"Soal siasat mendapati premis berkenaan mempunyai dua penyewa berbeza iaitu bengkel kenderaan dan memproses minyak. JAS akan memanggil penyewa dan pemilik tanah untuk siasatan lanjut.

"Kawasan ini disita dan operasi ditutup serta-merta. JAS juga sudah mengambil sampel untuk dianalisa untuk siasatan mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.

S Veerapan melawat perniagaan bengkel lori, sebuah premis di Batu 5 1/4, Jalan Kuala Sawah, Mambau, dikesan menjalankan kegiatan mengitar semula minyak terpakai secara haram. - NSTP/Hasriyasyah Sabudin

Berita Harian X