Khamis, 12 Disember 2019 | 9:35am
Empat suspek lelaki Palauh, ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan mengebom ikan di kawasan perairan Bulipatuid di Semporna. - Foto ihsan PPM
Empat suspek lelaki Palauh, ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan mengebom ikan di kawasan perairan Bulipatuid di Semporna. - Foto ihsan PPM

PPM tahan 4 lelaki disyaki terbabit kegiatan bom ikan

SEMPORNA: Sekumpulan lelaki suku Palauh disyaki terbabit kegiatan mengebom ikan, ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan perairan Bulipatuid, dekat sini, semalam.

Empat suspek, termasuk seorang juragan, yang menaiki sebuah bot pam itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota PPM sebelum ditahan untuk pemeriksaan kira-kira jam 2.30 petang.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata kesemua suspek berumur antara 23 hingga 40 tahun didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Hasil pemeriksaan dalam ruang perahu itu pula, anggota PPM menjumpai sebuah botol kaca mengandungi baja ammonia bersama sebatang peledak lengkap dengan sumbu dan kotak mancis.

“Semua peralatan itu dipercayai untuk kegunaan kegiatan pengeboman ikan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata, semua suspek yang berasal dari Kampung Halo, di sini, kemudian ditangkap dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 membabitkan kesalahan membuat dan memiliki bahan letupan.

Empat suspek lelaki Palauh, ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan mengebom ikan di kawasan perairan Bulipatuid di Semporna. - Foto ihsan PPM
Empat suspek lelaki Palauh, ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan mengebom ikan di kawasan perairan Bulipatuid di Semporna. - Foto ihsan PPM

Berita Harian X