Sabtu, 23 November 2019 | 10:36pm
Dua maut manakala dua kanak-kanak parah selepas kenderaan jenis Proton Saga FL yang dinaiki mereka merempuh belakang lori membawa muatan 10 tan di Jalan Kota Marudu - Kota Belud di Kampung Ulu Kukut. - Foto ihsan Pembaca

2 maut, 2 parah kemalangan

KOTA BELUD: Dua maut manakala dua lagi iaitu kanak-kanak parah selepas kenderaan Proton Saga FL yang dinaiki mereka merempuh belakang lori di Jalan Kota Marudu-Kota Belud di Kampung Ulu Kukut, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, pemandu lelaki, Zollen Enggal, 38, dan penumpang wanita, Soo Li Ling, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Mangsa kanak-kanak, Zulkifli Sapawit, 8, parah di bahagian muka dan kepala manakala Syarikmal So Abdullah, 9, patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian kereta berkenaan dipandu dari arah Kota Marudu menghala ke Kota Kinabalu.

“Sebaik menuruni bukit di lokasi, pemandu hilang kawalan dan merempuh belakang lori jenis Nissan sehingga terperosok di bawah lori terbabit.

“Pemandu dan penumpang hadapan kereta disahkan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu lori lelaki berusia 55 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Keadaan mangsa kemalangan dua kanak-kanak parah selepas kenderaan jenis Proton Saga FL yang dinaiki mereka merempuh belakang lori membawa muatan 10 tan di Jalan Kota Marudu - Kota Belud di Kampung Ulu Kukut. - Foto ihsan Pembaca

Beliau berkata, hubungan antara semua mangsa yang menaiki kereta berkenaan belum diketahui dan polis sedang mengenal pasti waris semua mangsa.

“Mangsa yang parah masih menjalani rawatan manakala mayat dihantar ke Hospital Kota Belud untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 tengah hari dan dua jentera serta kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mengeluarkan semua mangsa sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.57 petang,” katanya.

Berita Harian X