X
Sabtu, 23 November 2019 | 8:30am
PASUKAN Aturgerak Cepat (PAC) dari 8 RRD (PARA) menahan 10 lelaki warga Filipina ketika cuba memasuki kawasan sempadan perairan negara berhampiran kawasan perairan Pulau Denawan, pagi semalam. - Foto ihsan ATB2

PAC tumpaskan geng seludup minyak warga Filipina

SEMPORNA: Sepucuk pistol buatan sendiri bersama sembilan butir peluru antara barangan dirampas dari sekumpulan 10 lelaki warga Filipina yang ditahan ketika cuba menyusun masuk ke negeri ini melalui sempadan perairan negara berhampiran Pulau Denawan, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.43 pagi itu, pergerakan mereka yang menggunakan sebuah bot kumpit berjaya dikesan Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), Brigedier Jeneral Johari Mohd Jaafar dari Kepulauan Tawi-Tawi di Selatan Filipina menuju ke Tawau.

Berikutan itu, Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dari Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (PARA) bergegas ke lokasi berkenaan sebelum berjaya meminta bot berkenaan sebaik memasuki perairan negara.

PASUKAN Aturgerak Cepat (PAC) dari 8 RRD (PARA) menahan 10 lelaki warga Filipina ketika cuba memasuki kawasan sempadan perairan negara berhampiran kawasan perairan Pulau Denawan, pagi semalam. - Foto ihsan ATB2
PASUKAN Aturgerak Cepat (PAC) dari 8 RRD (PARA) menahan 10 lelaki warga Filipina ketika cuba memasuki kawasan sempadan perairan negara berhampiran kawasan perairan Pulau Denawan, pagi semalam. - Foto ihsan ATB2

“Hasil siasatan awal mendapati kumpulan lelaki terbabit yang berusia antara 25 hingga 45 tahun disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan minyak susulan penemuan 300 tong minyak kosong dalam bot kumpit digunakan mereka.

“Ketika diperiksa semua suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, selain disyaki cuba mendapatkan bekalan minyak di daerah ini sebelum dibawa pulang ke negara asal mereka. Kita turut merampas sepucuk pistol buatan sendiri bersama sembilan butir peluru,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, kesemua lelaki itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut, manakala senjata api dirampas diserahkan kepada Pasukan Polis marin (PPM) Semporna untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X