Jumaat, 6 September 2019 | 9:00am
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran kongsi dan lima kontena berdekatan Pangsapuri Sri Rakyat, Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tengah malam tadi. - Ihsan Bomba
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran kongsi dan lima kontena berdekatan Pangsapuri Sri Rakyat, Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tengah malam tadi. - Ihsan Bomba
Beberapa rumah kongsi dan lima kontena penyimpanan barangan musnah dalam kebakaran berdekatan Pangsapuri Sri Rakyat, Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tengah malam tadi. - Ihsan Bomba
Beberapa rumah kongsi dan lima kontena penyimpanan barangan musnah dalam kebakaran berdekatan Pangsapuri Sri Rakyat, Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tengah malam tadi. - Ihsan Bomba
Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.37 tengah malam dan dipadam pada jam 1.35 pagi. - Ihsan Bomba
Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.37 tengah malam dan dipadam pada jam 1.35 pagi. - Ihsan Bomba

Rumah kongsi, kontena musnah terbakar

KUALA LUMPUR: Beberapa unit rumah kongsi dan lima kontena barangan musnah dalam kebakaran di tapak pembinaan berdekatan Pangsapuri Sri Rakyat, Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil, di sini, tengah malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.01 tengah malam.

Katanya, seramai 28 anggota bersama empat jentera dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil, BBP Sri Petaling dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita dapati beberapa rumah kongsi dan kontena terbabit terbakar 70 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.37 tengah malam dan dipadam pada jam 1.35 pagi.

“Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Berita Harian X