Rabu, 28 Ogos 2019 | 1:51pm

Remaja perempuan 14 tahun dirogol kekasih

CHUKAI: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dirogol kekasihnya yang juga pelajar Tingkatan Empat dalam kejadian di sebuah rumah di Cheneh, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Pemangku Superintendan Hanyan Ramlan, berkata sebelum kejadian itu, mangsa yang tidak bersekolah keluar bersama suspek berusia 16 tahun kira-kira jam 10 malam.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya sebelum dirogol kira-kira jam 11.30 malam.

“Mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan susulan kejadian itu, remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Chukai pada keesokan harinya untuk tindakan lanjut.

“Selepas laporan dibuat mangsa, suspek ditahan di rumahnya kelmarin bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Suspek kini direman tujuh hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berita Harian X