Selasa, 20 Ogos 2019 | 7:07pm
ANGGOTA bomba memecahkan konkrit untuk mengeluarkan pekerja binaan yang dihempap dinding konkrit di sebuah tapak binaan longkang di Seksyen U16, Denai Alam, petang tadi. - Foto ihsan JBPM Selangor
ANGGOTA bomba memecahkan konkrit untuk mengeluarkan pekerja binaan yang dihempap dinding konkrit di sebuah tapak binaan longkang di Seksyen U16, Denai Alam, petang tadi. - Foto ihsan JBPM Selangor

Dua pekerja binaan warga Indonesia maut dihempap konkrit

SHAH ALAM: Dua pekerja binaan warga Indonesia maut dihempap dinding konkrit di tapak pembinaan longkang di Seksyen U16, Denai Alam, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu kira-kira jam 4 petang.

“Sejurus itu, sepasukan bomba diketuai Komander Operasi Kanan, Mohd Apandi Mahmood kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, seorang daripada mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam manakala bomba bertindak mengeluarkan seorang lagi mangsa dengan memecahkan dinding konkrit berkenaan.

ANGGOTA bomba memecahkan konkrit untuk mengeluarkan pekerja binaan yang dihempap dinding konkrit di sebuah tapak binaan longkang di Seksyen U16, Denai Alam, petang tadi. - Foto ihsan JBPM Selangor
ANGGOTA bomba memecahkan konkrit untuk mengeluarkan pekerja binaan yang dihempap dinding konkrit di sebuah tapak binaan longkang di Seksyen U16, Denai Alam, petang tadi. - Foto ihsan JBPM Selangor

“Seorang mangsa patah tangan manakala seorang lagi cedera di kepala. Kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dikenali sebagai Sahrullah dan Mattalha, masing-masing berusia 42 tahun, sedang melakukan kerja pembinaan longkang sebelum ia runtuh dan menghempap mereka.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berita Harian X