Khamis, 8 Ogos 2019 | 7:11pm
Helikopter jenis AS 355N dilengkapi kamera pemantau buatan WESCAM berupaya untuk mengesan objek dan manusia dari ketinggian 1,500 kaki dari udara pada waktu siang dan malam digunakan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak Ahad lalu di resort penginapannya dekat Pantai, sejak Ahad lalu. - Foto Adzlan Sidek

Helikopter diguna untuk mengesan remaja Ireland

SEREMBAN: Sebuah helikopter jenis AS 355N yang berupaya mengesan objek di darat mula digunakan hari ini untuk mengesan remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak Ahad lalu di resort penginapannya di Pantai, dekat sini.

Pesawat AS 355N dilengkapi kamera pemantau jenis WESCAM berupaya untuk mengesan objek dan manusia dari ketinggian 450 meter pada waktu siang dan malam.

Helikopter milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlepas dari Subang dan tiba di ruang udara Pantai kira-kira jam 3.30 petang tadi bagi melakukan pencarian dari udara.

Helikopter itu kemudian dilihat berlegar-legar di ruang udara sekitar kawasan pencarian sebelum mendarat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai pada jam 4.15 petang.

Ia kemudian bergerak semula untuk meneruskan operasi lima minit kemudian.

Setakat petang ini, operasi SAR di darat masih diteruskan dengan anggota terbabit mencari di kawasan radius enam kilometer sekitar resort itu.

Nora Anne yang turut mempunyai masalah pembelajaran disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira jam 8 pagi Ahad lalu.

Seramai 252 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi terbabit dalam operasi SAR mencari Nora selain penggunaan helikopter daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) serta dron.

Berita Harian X