Isnin, 8 Julai 2019 | 7:22am
Mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Krubong. - Foto Rasul Azli Samad
Mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Krubong. - Foto Rasul Azli Samad
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baharu dibuka di Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka. - Foto Rasul Azli Samad

Mangsa banjir meningkat, dua sekolah ditutup hari ini

MELAKA: Sesi pembelajaran di dua sekolah di negeri ini terpaksa ditangguhkan hari ini berikutan jumlah mangsa banjir yang semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari, berkata, dua sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di daerah Melaka Tengah dan SK Belimbing Dalam di daerah Alor Gajah.

Katanya, penutupan kedua-dua sekolah kerana bangunannya digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir selain jumlah pelajar yang terjejas adalah tinggi.

“Jumlah yang terjejas di SK Krubong adalah 1,236 murid dan 71 guru manakala di SK Belimbing Dalam seramai 484 murid dan 40 guru.

Tapak sawah padi ditenggelami air di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal. - Foto Rasul Azli Samad
Tapak sawah padi ditenggelami air di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal. - Foto Rasul Azli Samad

Mangsa banjir mendaftar di kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas Pusat Pemindahan Sementara baharu dibuka di Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka. - Foto Rasul Azli Samad

“Bagaimanapun, hanya murid sahaja dibenarkan tidak bersekolah manakala guru yang tidak terbabit dengan banjir diminta hadir seperti biasa,” katanya dalam kenyataannya di sini.

Abu Bakar, sebuah lagi sekolah di Alor Gajah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan turut digunakan sebagai PPS dan menempatkan 122 mangsa daripada 34 keluarga.

Bagaimanapun, katanya, sesi persekolahan bagi semua pelajar dan guru sekolah berkenaan berjalan seperti biasa.

Malam tadi, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali dilaporkan berkata, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di dua daerah berkenaan terus meningkat kepada 1,149 orang setakat jam 8 malam tadi.

Berita Harian X