Selasa, 4 Jun 2019 | 10:31am
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 18, Jalan Tawau-Merotai, di Tawau. - Foto ihsan JBPM Sabah

Lelaki maut nahas tiga kenderaan

TAWAU: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18, Jalan Tawau-Merotai, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang, Muhammad Sofian Jahabi, 21, yang tersepit di dalam kereta jenis Proton Wira, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci kereta, dalam perjalanan dari arah Jalan Merotai menuju ke pusat bandar.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai gagal memotong sebuah kereta Proton Iswara dipandu lelaki berumur 35 tahun sebelum bertembung dengan sebuah lori di laluan bertentangan.

“Akibat pertembungan dengan lori itu, kereta mangsa diseret sejauh 40 meter dan melanggar bahagian kanan Proton Iswara,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 18, Jalan Tawau-Merotai, di Tawau. - Foto ihsan JBPM Sabah
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 18, Jalan Tawau-Merotai, di Tawau. - Foto ihsan JBPM Sabah

Nor Azizulkifli berkata, kedua-dua pemandu lori dan Proton Iswara bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, semalam, seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori 10 tan di hadapan Puspakom Lahad Datu, kira-kira jam 3.50 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata penunggang motosikal yang belum dikenal pasti identitinya itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Berita Harian X