Khamis, 30 Mei 2019 | 4:24pm
Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 72.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai. - Ihsan pembaca
Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 72.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai. - Ihsan pembaca
Dua mangsa meninggal dunia di lokasi akibat tersepit dalam kenderaan. - Ihsan pembaca
Dua mangsa meninggal dunia di lokasi akibat tersepit dalam kenderaan. - Ihsan pembaca

Dua maut kemalangan empat kenderaan

GUA MUSANG: Dua maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 72.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sempadan Kuala Krai di sini, petang ini.

Dalam kejadian jam 2.50 petang, dua mangsa meninggal dunia di lokasi akibat tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda, yang remuk.

Empat kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan adalah dua lori termasuk sebuah membawa muatan sawit, serta masing-masing satu kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang maut dan cedera belum dikenal pasti.

Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian kemalangan itu.

Berita Harian X