Jumaat, 17 Mei 2019 | 4:43pm
POLIS sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan maut membabitkan sebuah lori yang dipercayai terbabas sendiri di Kilometer (KM) 17.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), arah utara, pada 10 Mei lalu.
POLIS sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan maut membabitkan sebuah lori yang dipercayai terbabas sendiri di Kilometer (KM) 17.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), arah utara, pada 10 Mei lalu.

Polis cari saksi bantu kes kemalangan maut

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan maut membabitkan sebuah lori yang dipercayai terbabas sendiri di Kilometer (KM) 17.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), arah utara, di sini, pada 10 Mei lalu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3.43 pagi itu, pemandu lori berkenaan disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Dipercayai, kemalangan itu berlaku apabila mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar besi penghadang di tepi lebuh raya berkenaan.

Hasil siasatan di lokasi mendapati, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di situ dan ketika kejadian, keadaan jalan adalah kering.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menyalurkannya dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820.

Berita Harian X